Jejak Tarbiah
Dari Washington Ke San Diego - Dr Razif Fuad [Jejak Tarbiah]
- Regular price
- RM 39.00
- Sale price
- RM 39.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
(FMGB) Dari Washington Ke San Diego
ISBN: 9786297561547
Penerbit: Jejak Tarbiah
Penulis: Dr Razif Fuad
Tahun Terbitan: 2025
Muka Surat:
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.22 kg
Dimensi (cm): 19.6 cm x 13 cm x 1.5 cm
Sinopsis :
Hikmah itu barang yang hilang bagi orang beriman. Di mana sahaja dia menemuinya, dia lebih berhak terhadapnya."
Apakah hikmah kemajuan dan kebebasan di Amerika pada kaca mata seorang Islam dari Malaysia? Laungan kebebasan bergema di setiap ceruk jalan negara Uncle Sam yang mempromosikan nilai liberal seperti LGBT dan hedonisme menyelimuti hakikat ancaman Islamofobia dan individualisme yang ekstrem.
Mungkinkah ada sinar diplomasi antara hak dan batil di bumi Hollywood itu?
Bermula dari sebuah majlis berbuka puasa anjuran Kedutaan Amerika Syarikat, Dr. Razif berpeluang untuk membincangkan isu hak asasi di Malaysia.
Perbincangan ini ternyata membuka satu undangan untuk menyertai International Visitor Leadership Program (IVLP) yang membawanya kepada eksplorasi mendalam tentang politik, budaya dan masyarakat Amerika Syarikat. Dari situ, bermulalah pengembaraan Dr. Razif ke sana bagi memahami politik dan Holocaust di Washington D.C., menelusuri kebebasan media dan pemeliharaan agama di New York, mempelajari kosyer serta keadilan gender di Orlando dan pasca 11 September di San Diego - serta pelbagai lagi pengalaman menarik sepanjang 21 hari beliau di sana.
Dari Washington ke San Diego adalah hasil amatan kritis Dr. Razif dalam membandingkan naratif Barat dengan realiti sebenar yang dilihatnya. Beliau juga menyoroti bagaimana Islam dan umat Islam bertahan di negara yang sekular serta bagaimana wacana hak asasi sering kali dilihat melalui lensa yang berbeza antara dunia Barat dan dunia Islam.