Terma & Syarat
1. Dropship perlu mendaftar dan membuat bayaran yuran terlebih dahulu sebelum akaun dropship diaktifkan.
2. FM Global Books berhak meminda kadar diskaun pada bila-bila masa mengikut keperluan & promosi tertentu.
3. Ahli dropship dibenarkan menggunakan kreativiti tersendiri untuk menggunakan apa sahaja medium pemasaran yang ada samada secara online atau offline semasa membuat promosi selagi ianya tidak melanggar undang-undang Malaysia sedia ada.
4. Harga produk yang dipaparkan tidak termasuk kos penghantaran. Kos penghantaran perlu ditanggung oleh ahli dropship atau pelanggan kepada ahli dropship kecuali jika ada promosi tertentu dari FM Global Books. Status pesanan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
5. Penghantaran pesanan hanya akan dibuat selepas ahli dropship membuat bayaran penuh untuk pesanan. FM Global Books bertanggungjawab untuk memproses pesanan tersebut dalam kadar segera dan membekalkan tracking no kepada ahli dropship.
6. Ahli dropship digalakkan membuat order dengan segera sebaik sahaja menerima order dan pembayaran dari pelanggan untuk menjaga kualiti perkhidmatan dan program.
7. Bagi kes pembatalan pesanan, mohon maklumkan kepada kami dalam kadar yang segera . Jika gagal berbuat demikian , kami tidak bertanggungjawab (tiada pemulangan wang) jika pesanan tersebut telah dihantar kepada pihak kurier.
8. Ahli dropship diberi kebebasan untuk meletakkan harga tertentu untuk produk dalam program ini asalkan ianya tidak melebihi harga jualan yang tertera pada produk dan sesuai dengan nilai produk yang dijual.
9. FM Global Books tidak akan menanggung apa-apa kos yang timbul sekiranya penghantaran pesanan mempunyai masalah yang berpunca dari kesilapan ahli dropship.
10. FM Global Books hanya akan menanggung kos yang timbul sekiranya ;
- Produk yang dihantar didapati telah rosak (rosak luaran atau ketidaksempurnaan dalaman)
- Produk yang dihantar mempunyai kesilapan dari segi kuantiti, tajuk, dan seumpamanya
- Isu-isu lain atas kecuaian kami.